Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, March 7, 2011

bf kau engineer kah??

td bkk fb, nmpk link nih dr member, pastuh aku pon share,, hehehe,, tp aku nk post jugak kt sini.. sbb kalo x dpt bkk fb, bleh baca dari sini next time.. perempuan, sila lah baca, laki, bleh lah kalo nk baca jugak.. hehehe


dicopypaste dari fb :

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

psssstttt: zai bakal engineer, huu.. mmg betol n kebanyakan nye btol huhuhuhu.. wheeeee best nye.. doakan lah jodoh aku ngn zai, smpai mati.. *dan-dan dpt msg dari zai.. lompat lompat excited! yey.. 


Monday, February 28, 2011

saman

jumaat lepas dgr kt berita, hampir 18juta saman dikeluarkan kt M'sia nih, utk tahun bila aku pon xpasti. total kot.. huu yg aku tau, lebih separuh saman dikeluarkan oleh PDRM, selebihnya, skit jek dikeluarkan oleh JPJ heheheh.. tp since pastuh, semua org sebok pegi print saman diorang, n start membebel sbb byk nk guna duit utk byr saman.. hehehe..

nabe' siap printkn saman utk kete bapak dia.. terkejut aku masa dia bgtau total saman bapak dia RM9rat lebih.. huu.. sgt byk.. sbb campur dgn saman tahun-tahun lepas punya, tahun 2007 pon ada! huu.. mesti panas jek nk bayar saman tuh ekh?? pastuh berita pon asik ckp pasal org berpusu-pusu g byr saman, ahad pon pon post office bukak khas utk byr saman, balai polis, saman, saman saman saman.. semua saman..

td masuk office, baru nk start wat slide utk present, dgr staff kt sini kecoh ckp pasal nk g byr saman, mcm kelam kabut sgt jek.. mcm x bleh byr jek kalo x kelam kabut?? huu.. owh, nk tunjuk dia dedikasi lah tuh, terpaksa kuar waktu keje, utk byr saman, smpai kelam kabut?? oke, aku terima.. huu.. yg baru balik byr saman, aku dgr siap mengeluh lega, aik?? lega pon mengeluh?? hembus nafas lah! ooooohhhh.. huu oke.. pastuh yg meja depan aku dgr tepon husband dia tanya ramai org x?? bleh byr saman x kat situ?? saman lagi, huu.. blom pegi jumpa member-member level3 lagi, ntah-ntah ari nih topik dorg saman jek x?? huu

pastuh aku terpk, semua org yg ada kete wajib ada saman eh?? huu.. =P ckp org, aku pon ari tuh guna kete mak aku g kuar lunch, kena saman jugak, ceh! saman parking yg RM30 tuh, ade lagi nih aku lipat-lipat selit dlm beg duit aku hehehehe.. xnk byr lah, bukan effect pon 18juta saman tuh.. kalo lah ade 18juta org mcm aku, mmg hampeh! hahahaha okelah, wat line clear jek lah, mak x ckp pape pon pasal saman?? huu


Thursday, February 24, 2011

yey! Malaysia menang lagi!

weeeeeee.. walaupon aku xdpt tgk match Malaysia VS Pakistan smlm, tp aku tau lah, Malaysia mesti menang punya lah! hahahaha, kan btol, menang 2-0.. huu.. aku dapat tau keeper Malaysia kene sepak ngn striker Pakistan, kene kad merah, amik kau! hahahahah.. patutlah aku baca status senior skolah aku marah btol ngn player Pakistan tuh, siap ckp "Pakistan xpayah main bola lah, pegi jual karpet lagi bagus!!" hahahaha

setuju sgt!! huu.. oke dah, itu jek nk ckp, terkenang plak zaman kanak-kanak, jd stiker beb men bola kt surau bkang umah.. bola swing lagi..*sila baca ngn reaksi muka terperanjat dan mata terbeliak keluar! hahahaha hebat x hebat??.. tp tuh dulu la.. skang, nk drible bola pon xreti, hahahaha..  

otak kau! oppsss! aku terperanjat kene sergah dari bkang, ade staff nih nmpk aku tulis blog, kantoi!! huu.. malu i, pucat muka i.. =P oke, cukup-cukup.. nk sambung wat report, lagi skit jek nih.. way to go girl!

men bola pakai kasut nih bleh?? =P